BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 27, 2011

You will NeveR be ALONE...........:')


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah DEKAT. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. 
(Surah al-Baqara: 186)


HABLUMMINALLAH...........
Jika kita merasa kesunyian, berzikirlah atau bersolatlah kerana disitu adalah hubungan utama kita dengan Allah Swt. Hubungan dengan Allah Swt lebih bersifat kerohanian kerana ia adalah berkaitan dengan ruh dan hati.
Tatkala kita merasa sunyi tanpa hubungan dengan manusia, sunyi itu membawa kita lebih mengingati Allah Swt. Barangkali rasa sunyi itu petanda untuk kita lebih tunduk dan khusyuk kepada Allah Swt. Ketika itu, mintalah bantuan Allah Swt, pengampunanNya, RahmatNya, Kasih SayangNya, HidayahNya untuk memenuhi ruang hati kita sehingga kita benar-benar cinta kepada Allah Swt.
"Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa neraka". 
(Surah Ali-Imran ayat 191)
"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram".
(Surah Ar-Ra'd ayat 28)


HABLUMMINANNAS...........
Adakah zaman ini kita masih merasa tidak cukup berhubungan sesama manusia untuk mengajak manusia ke arah kebaikan? Di zaman IT ini tiada alasan untuk mengatakan tiada orang untuk kita dakwahkan atau untuk kita ajak kepada kebaikan. Medium facebook, blog dan emel akan cukup membuatkan kita teramat sibuk dari merasai kesunyian itu.
Islam bukan sekadar iman dalam jiwa, malah hendaklah diamalkan dalam kehidupan keluarga dan masyarakat, bersesuaian dengan maksud Islam sebenar, iaitu selamat, sejahtera, aman, dan damai. Jika dilihat konsepnya dalam Islam, ada satu prinsip yang Allah tetapkan bagaimana sepatutnya umat manusia berhbungan antara satu dengan yang lain.
Allah berfirman yang bermaksud:"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran." 
   (Surah Al-Maaidah Ayat 2)
Ayat tersebut menggesa agar kita tolong-menolong atas kebaikan dan ketakwaan dan Allah s.w.t tegas melarang perkara yang boleh membawa kepada dosa atau permusuhan mahupun dengan ibu bapa, anak-anak, jiran tetangga, masyarakat, majikan dengan pekerja, pemimpin dengan rakyat dan sebagainya.



HAKIKATNYER KITE XPERNAH KESEORANGAN..........
Alone? Lonely? Keseorangan? Jangan biarkan Syaitan dan Iblis merajai hati kita apabila kita terlalu memikirkan keseorangan diri. Ingatlah ada malaikat yang sentiasa bersama kita, sel-sel tubuh badan, dan pelbagai lagi makhluk yang sentiasa ada bersama kita. Dan tentunya Allah  Swt sentiasa Maha Mendengar dan Maha Mengetahui tentang kita.





p/s: kte tidak pernah kese0rangan..ALLah sntiase ade d cc kte.. maka dkatknlah diri kte kpdNya.....
mo0d:  i'm ALONE but i'm n0t LONELY....:')



Sunday, February 20, 2011

Missing................................~~~




missing...?????

kehilangan @ kerinduan..????
which 0ne...??
or maybe both...
i don't kn0w da answer coz i don't know wat inside my heart n0w...
sumtime OK..
sumtime KO..
huhu...ntah laa...zatul2...
k lh..juz want 2 share my pebret s0ng wit all of u guys...
feel dis s0ng lyrics k...
it's ab0ut ME.....n it's ab0ut 'US'..........



KU TAHU KAU RINDU BY ELLA......


Ku tahu kau rindu
Sejakku meninggalkanmu
Ku tahu kau pilu
Bimbangku melupakanmu.......



Sejak kau lukakan hatiku
Mempermain cinta suciku
Siang dan malam tangisi silamku.......



Kasih sayangku yang bersemi
Ku tabut racun yang berbisa
Dibelakangku di tertawa dan hina......



Mungkin aku tiada yang lain
Kerna itu kau berani berpaling
Membiarkan aku tertanya
Siapa milikku........



Sehingga ku meninggalkanmu
Baru kini engkau terasa
Cinta siapa lebih perdana.............





mo0d: empty.............
but i believe that ALLAH luv me m0re than dat...
I LUV U ALLAH..........:')


HaRi buNga-buNga Cinta.............

ASSALAMUALAIKUM..........

Ohh...hari bunga-bunga cinta sudah tiba..walaupn sudah hampir smngu ia berlalu, namun pasangan muda-mudi Islam masih juga tak terlepas mengatur program-program 'bulan madu' bersama kekasih hati... 
Hari kasih sayang itu dianggap sebagai hari yang harus dilalui dengan mencurahkan sepenuh rasa cinta kepada pasangan... 
Bukan sahaja pasangan suami isteri, malah yang baru menjalin hubungan cinta sehari juga berimpikan perkara yang sama. 14 Februari tersemat di dalam hati, menjadi kenangan yang abadi...
Tunggu! Sebelum terus-terusan kita menjadikan hari tersebut sebagai hari membuktikan rasa cinta yang deminya 'lautan api sanggup ku redah', ketahuilah sejarahnya dahulu. Apa yang selama ini disambut oleh umat Rasulullah SAW, di mana hujung pangkal permulaannya? Jangan kita menjadi manusia yang tuli, mencontohi dan mengikuti sesuatu tanpa kita mempunyai pengetahuan tentangnya. Allah telah menegaskan,
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya". (Surah Al-Isra : 36)

Sejarah Valentine's Day..........
Terdapat pelbagai sumber yang berbeza-beza menceritakan tentang asal-usul Hari Valentine. Yang nyata, tidak satu pun memberi kebaikan kepada kita sebagai umat Islam dan hamba kepada Maha Pencipta. 
Sedarkah kita, salah satu sebab kewujudan Hari Valentine ini adalah kerana kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tarikh tersebut. 
Manakala orang yang menjadi dalang kepada kekalahan itu adalah seorang paderi Kristian, Saint Valentine. Lalu, 14 Februari 1492 dinamakan Hari Valentine dan  dianggap sebagai hari kasih sayang kerana Islam dianggap sebagai agama yang zalim. Bukankah dengan menyambutnya, kita sendiri menghina agama kita yang suci? Kejinya jika kita begitu!
Antara sejarah yang lain pula menyebut, Hari Valentine diambil daripada nama paderi Saint Valentine atas kesungguhannya mempertahankan hak para tentera di zaman pemerintahan Claudius II untuk berkahwin. Ini kerana, semasa Claudius II memerintah kerajaan Rom, beliau menghalang tentera-tentera Rom untuk berkahwin kerana pada pendapat beliau, mereka akan lebih kuat dan tabah untuk berperang jika masih bujang. Namun secara senyap, Saint Valentine telah melakukan upacara pernikahan dan ini mendatangkan kemarahan Claudius II. Lalu, paderi itu dihukum gantung pada 14 Februari 269 Masihi.


Fikirkan...........
Jika kita menjadikan ini sebagai alasan untuk menyambut 14 Februari, dek kerana kesungguhan seseorang menegakkan hak manusia untuk berkahwin, mengapa pula penghormatan itu harus diberi kepada seorang paderi Kristian? 
Sedangkan di kalangan utusan Allah semuanya banyak berkorban demi cinta mempertahankan agama. Kenangilah rasa cinta dan kasih yang tak terhingga Rasulullah SAW yang banyak berkorban demi kita, umatnya yang amat beliau kasihi. 
Sungguh, jangan pernah kita meletakkan penghormatan itu lebih tinggi kepada pemimpin dari kaum kafir berbanding pemimpin teragung kita, Muhammad SAW!
Kita sedia maklum, sesuatu perayaan yang tidak berlandaskan agama Islam pasti mendatangkan sejuta keburukan dan kebinasaan.
 Lihatlah, berapa ramai anak-anak gadis seagama yang telah terkulai layu di tangan kekasih hati hanya demi membuktikan rasa cinta yang berinspirasikan Saint Valentine? Berapa ramai pemuda-pemuda yang menggalas tugas  khalifah di muka bumi melakukan maksiat dan zina demi tarikh yang dianggap keramat itu ? Segeralah kita membendung sambutan Hari Valentine. 
Jangan biarkan benih kesesatan menumbuh lalu menjadi pohon yang menutupi sinar iman di dalam hati.
Ingatlah firman Allah, "Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.(al-Baqarah:120)..



p/s: same2 la kte hayati dn renungkn sejenak adakah 'bunga-bunga cinta' yg sekian lme berputik e2  kerane ALLAH @ sebaliknyer......
dedicated 2 all my frenz......sy syg kwn2 sy......:-)

Tuesday, February 1, 2011

KisaH RuMpuT............



Pada suatu hari di skolah, seorg pelajar brtnye pd gurunyer..ketika itu guru trsebut sdg mngajar mngenai ksih syg...


PELAJAR: cikgu, mcm mne kte nk plih seseorg yg trbaik sbg org yg  pling kte syg?? dn mcm mne juge ksih syg itu nk berkekalan..??



GURU: ok..kamu ikut ape yg sy suruh..kamu pergi ke pdang..kamu brjlan di atas rumput smbl mmndang rumput d hdapan kamu.. plih yg PALING CNTIK tnpa men0leh ke blkng lg walau skali.. Dah petik rumput yg pling cntik, bawa ke kelas..


Apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pn d tgnnyer.. lalu cikgu brtanye..


CIKGU: knape tiada 1 rumput pn yg dipilih.??


PELAJAR: td mse sy brjalan, sy carilah rumput yg pling cntik..mmg ade byk yg cntik tp cikgu kte petik yg pling cntik, maka sy pun trus brjalan ke dpn smbl mncri yg pling cntik tnpa men0leh ke blkng lg.. tp smpai di pnghujung pdng, sy xjmpe pn yg pling cntik.. mngkin ade diantare yg d blkng sy td rumput yg pling cntik tp dah cikgu ckp xbley menoleh ke blkng semule, jadi tiadalah rumput yg bley sy petik...


CIKGU: ya...itulah jwapannyer...mknenyer apabila kte telah  brjumpe dgn seseorg yg kte syg, jgnlah kte mncari lg yg lbh baik dr itu.. kte patut mnghargai org yg berada d hdpan kte sbaik2nyer..jgn kte men0leh ke blkng lg krne yg brlalu tetap dah brlalu.. semoge yg brlalu xberulang lg.. dn ingatlah org yg pling kte SYG itulah org yg pling CNTIK dn pling BAIK utk kte... walaupn nk ikutkn byk lg yg cntik dn baik sprti rumput td.....:-)






m0ral value: kte hnye hamba ALLAH yg hina dn tidak sempurne yg hnye mnumpang di bumiNya yg indah ini...namun, kte adalah seindah2 ciptaanNya... oleh itu, brsyukurlh dgn segala nikmat yg dikurniakn kpd kte...dn hargailah org yg kte SYG selagi dia brade d dpan mate kte dn sebelum die mninggalkn kte buat selame2nyer..:')






mo0d: keseorangan brtemankn kedinginan hujan smbl tringatkn kamu n kenangan2 lalu....:')